VISI & MISI
I-KEMBALI.COM.MY
VISI
- Bekas banduan bebas mempunyai kerjaya dan mampu hidup berdikari, dan tidak mengulangi jenayah lampau akibat desakan hidup.
- Mengurangkan jutaan (RM) kos pengurusan banduan, menyelesaikan isu kepadatan & kesesakan banduan di penjara.
- Seruan kerajaan bagi mengutamakan tenaga kerja tempatan berbanding tenaga kerja asing; dengan cara ini majikan telah menjimatkan kos pengurusan syarikat & penyumbang kepada pembangunan ekonomi dalam negara.
MISI
- Bekas banduan berjaya membina kerjaya mereka sehingga berpeluang membina empayar perniagaan berasaskan bidang yang dipelajari semasa dalam tahanan.
- Menukar persepsi & prejudis masyarakat terhadap golongan ini dan kecemerlangan prestasi mereka telah meyakinkan orang awam terutama para majikan untuk menilai dan menerima dengan tangan terbuka & bersangka baik.
- Mengadaptasi kemahiran yang dipelajari semasa dalam tahanan dengan lebih efektif, efisen dan inovatif melalui program “I-KEMBALI”.