KAJANG – Pada hari ini, tim Program I–Kembali telah mengadakan sesi lawatan serta taklimat mengenai Program I-Kembali bertempat di Penjara Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Alhamdulillah, maklumbalas yang pihak kami terima dari para penghuni penjara adalah amat baik dan positif. Kesemua penghuni yang menghadiri sesi taklimat tersebut telah menunjukkan reaksi berminat untuk menyertai program ini.