Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) telah memperkenalkan Program I-Kembali bagi membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan selepas tamat hukuman penjara sekali gus membolehkan mereka membina hidup baharu. Dilihat sebagai satu usaha membuka ruang dan peluang kedua, program ini mendapat sokongan padu dari Jabatan Penjara Malaysia.
Pengerusinya, Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad berkata, menerusi program tersebut, peserta yang telah disaring ditempatkan di enam sektor pekerjaan iaitu perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan perladangan, pemasaran serta pengurusan.
Bekas banduan yang terpilih akan melalui satu proses saringan ketat di Ghullam Recovery Care Centre (GRCC) sebelum ditempatkan di sektor pekerjaan mengikut kesesuaian dan minat bekas banduan berkenaan.
Sumber : malaysianews tv
2 thoughts on “SEMBANG KOPI: Kami Bantu Bawa Bekas Banduan Dapat Kerja Selepas Keluar Penjara”
Anak lelaki saya berumur 22 thn akan keluar penjara kajang pd bulan jul’21 ni dia kena penjara selama 6 bulan shj boleh ke nak daftar nama dia sekarang utk program i-kembali minta pencerahan dr pihak tuan puan tkasih
Terima kasih kepada usaha Datuk Seri Siti Murni bagi membantu bekas-bekas banduan untuk membina kehidupan baru dalam masyarakat. Pandangan saya jika kita mahu bekas-bekas pesalah ini terus pulih dan berjaya dalam kehidupan baru , kita tidak boleh fokus kepada memberi peluang pekerjaan sahaja. Selain diberi peluang pekerjaan dan penempatan baru mereka perlu disusuli dengan rawatan pemulihan susulan / Afetrcare Treatment bagi menjamin proses kepulihan mereka. Terutamanya bagi bekas banduan kesalahan penagihan dadah rawatan dan pemulihan mereka adalah sepanjang hayat. Aftercare Treatment amat penting bagi mengekalkan proses kepulihan mereka untuk mengelakan dari terjerumus kembali kepada dunia penagihan dadah. Saranan saya pihak Datuk dapatlah menyediakan Aftercare Treatment seperti Kaunseling, Recovery Support Group dan Intervensi Spiritual bagi membantu mereka berkongsi masalah dalam mendapatkan jalan penyelesaiannya. Terima kasih Datuk.