pertubuhan rakan ghullam
kembali (pergak)
TAKRIF NAMA
pertubuhan rakan ghullam kembali (pergak)
01-RAKAN
merujuk kepada bekas banduan, banduan parol & banduan diselia yang ingin membina kerjaya dan masa depan yang cemerlang
02-GHULLAM
adalah pihak syarikat kami yang mengurustadbir dan membantu para peserta program untuk membina kerjaya dan meneroka peluang perniagaan serta berpeluang mempunyai masa depan yang cemerlang seperti orang lain
03-KEMBALI
merujuk kepada bekas banduan yang telah berubah, kembali ke masyarakat dan kembali kepada fitrah kelahiran manusia sebagai khalifah atau pemimpin
Lambang Tangan
Melambangkan penerimaan kami terhadap rakan-rakan Ghullam (bekas banduan) ke dalam program kami dengan tangan dan hati terbuka. Lambang tangan tersebut juga sebagai tanda syukur kepada Tuhan Yang maha Esa diatas peluang yang diberikan kepada kami untuk menjayakan program ini
14 Daun
Merujuk kepada 14 buah negeri di Malaysia. Pertubuhan ini akan berazam untuk membantu semua rakan-rakan Ghullam di seluruh Malaysia
MISI
Bekas banduan bebas mempunyai kerjaya dan mampu hidup berdikari, dan tidak mengulangi jenayah lampau akibat desakan hidup
VISI
Menukar persepsi & prejudis masyarakat terhadap golongan ini dan kecemerlangan prestasi mereka telah meyakinkan orang awam untuk menilai dan menerima dengan tangan terbuka & bersangka baik
Mengadaptasi kemahiran yang dipelajari semasa dalam tahanan dengan lebih efektif, efisen dan inovatif melalui program “I-KEMBALI”
TUJUAN DAN MATLAMAT
MOTIVASI
kepada para bekas banduan untuk melalui kehidupan lebih bersemangat & lebih terbuka berbekalkan kesedaran & kemahiran yang diperolehi semasa di dalam penjara
KEPRIHATINAN
peluang para majikan, komuniti masyarakat & orang persorangan menunjukkan keprihatinan dengan peluang sama rata yang diberikan kepada para banduan