I-KEMBALI - CARE TO TRANSFORM

Beri bekas banduan kerja, gesa jabatan penjara, NGO kepada majikan

Beri bekas banduan kerja, gesa jabatan penjara, NGO kepada majikan

CYBERJAYA : Jabatan Penjara dan NGO menggesa majikan memberi peluang ke-2 kepada bekas banduan dengan menggaji mereka sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.

Bercakap dalam sidang media bersama antara jabatan itu dan Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (Pergak), Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Abdul Aziz Razak berkata, terdapat kira-kira 11,000 bekas banduan yang dibebaskan dan mereka sedang mencari pekerjaan.

“Daripada jumlah itu, hanya 120 bekas banduan digaji melalui program I-Kembali,” katanya memaklumkan bekas banduan terbabit bekerja dalam sektor pembuatan dan pembinaan.

Aziz berharap 11,000 bekas banduan mendapat pekerjaan menjelang 2030.

“Kami berharap program ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dalam negara,” katanya.

I-Kembali adalah program kerjasama antara Jabatan Penjara dan Pergak dengan menawarkan program penempatan kepada bekas banduan dan penagih dadah untuk membantu mereka mendapat pekerjaan dalam 6 sektor, iaitu pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian, pemasaran dan pengurusan.

Pengurusi Pergak Siti Murni Sheikh Ahmad berkata, program I-Kembali bermula pada Mei dan pihak berkuasa penjara bekerjasama dengan NGO untuk menawarkan pekerjaan kepada bekas banduan selepas mereka dibebaskan.

Beliau berkata, bukan mudah bagi bekas banduan mencari pekerjaan kerana sebahagian syarikat bimbang untuk menggaji mereka.

Senario seperti itu, katanya akan menyebabkan bekas banduan putus asa dan kembali ke kehidupan lama mereka.

“Akhirnya, mereka mungkin kembali ke penjara sekali lagi. Ini yang kita mahu cegah,” katanya.

Beliau memberi jaminan kepada majikan supaya tidak bimbang kerana semua bekas banduan yang bekerja bawah program penempatan itu akan dipantau Pergak.

Sumber :
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/07/beri-bekas-banduan-kerja-gesa-jabatan-penjara-ngo-kepada-majikan/

Share Now :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mesej kami
Assalam/Hi, Terima kasih kerana berminat dgn Program I-Kembali. Kami sedia membantu. Mesej kami sekarang!