I-KEMBALI - CARE TO TRANSFORM

11,000 banduan layak jalani pelepasan hukuman luar penjara – Abd Aziz

CYBERJAYA – Kira-kira 11,000 banduan layak untuk menjalani pelepasan hukuman di luar penjara.

Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Abd Aziz Abdul Razak berkata, kesemua banduan tersebut merupakan antara 72,000 banduan yang terpilih dari penjara di seluruh negara dan mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Katanya, mereka yang layak itu dipilih berdasarkan hukuman yang telah selesai selepas dijatuhi oleh pihak mahkamah, tempoh pemenjaraan serta tidak ada lagi kes rayuan atau kes yang belum selesai di mahkamah.

“Bukan semua layak, daripada 72,000 banduan yang layak menjalani hukuman di luar penjara ada 11,000. Baki itu yang reman, ada kes-kes tertentu yang tidak layak, itu kita tak bagilah. Hanya yang layak saja kita beri,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Aziz melakukan lawatan kerja ke Pejabat Urusan (Pergak) yang merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan banduan untuk mengikuti program peluang pekerjaan untuk bekas penghuni penjara.

Seramai 120 banduan diurus oleh Pergak untuk diambil bekerja menerusi dua sektor itu pembinaan dan perkilangan dalam program rintis i-Kembali.

Dalam pada itu menurut Abdul Aziz, banduan yang diambil untuk menyertai program rintis itu bertujuan agar mereka mendapat motivasi untuk berada kembali dalam masyarakat.

Katanya, ia boleh memberi semangat kepada mereka selain dapat memberi latihan sebelum menyertai sektor pekerjaan apabila dibebaskan kelak.

“Mereka ini tak perlu ada sijil kerana telah diberi latihan dalam tempoh tertentu oleh syarikat. Peranan Jabatan Penjara adalah untuk memulihkan banduan. Kita pulihkan mereka untuk hidup dalam masyarakat mereka mampu hidup seperti biasa,” jelasnya.

Sementara itu Pengerusi Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali, Datuk Seri Siti Murni Sri Sheikh Ahmad berkata, pengambilan pekerja dalam kalangan banduan untuk sektor-sektor tertentu mampu mengurangkan kebergantungan tenaga keraja menerusi pekerja asing.

Katanya, Program i-Kembali menyediakan peluang di enam sektor industri iaitu perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian, pemasaran dan pengurusan.

“Bekas penghuni penjara yang terpilih akan melalui satu proses saringan di Ghullam Recovery Care Centre (GRCC) sebelum ditempatkan di sektor pekerjaan mengikut kesesuaian,” katanya.

Beliau berkata, majikan tidak perlu curiga untuk memanfaatkan i-Kembali kerana Pergak mematuhi SOP (Prosedur Operasi Standard) dan syarat yang disarankan kerajaan.

“Macam mana beri peluang kepada pekerja asing, begitu juga perlu beri peluang kepada warganegara Malaysia,” katanya.

===

Sumber : Malaysia Gazette
Link URL :
https://malaysiagazette.com/2020/10/07/11000-banduan-layak-jalani-pelepasan-hukuman-luar-penjara-abd-aziz/

Share Now :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mesej kami
Assalam/Hi, Terima kasih kerana berminat dgn Program I-Kembali. Kami sedia membantu. Mesej kami sekarang!